Selamat Datang ke blog Ellya Ummah

Sabtu, 17 April 2010

TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

- A. Samad Said -

1 ulasan:

  1. Terpanggil saya nak bkongsi puisi karya Sasterawan Negara ni.Saya dgr puisi ni masa otw blk rumah dari ofis smlm (Jumaat 16.04.10) dlm kereta... dgr dari Radio IKIM bersama DJ Zarita & Ustaz Zamri... topik mengenai masalah yg melanda Umat Islam Msia skrg (e.g. pembuangan bayi, etc...) Lbh tersentuh bila puisi ni dideklamasi oleh tetamu Dr. Aziz... & sekiranya nak dgr dlm bentuk lagu blh klik pada tajuk diatas; dinyanyikan oleh Kumpulan Kopratasa. Layannnz...

    BalasPadam