Selamat Datang ke blog Ellya Ummah

Isnin, 14 Jun 2010

TEH TARIK SUSU KAMBING HIRAQ

Satu (1) papan = 16 sachet

(RM 38.00 Semenanjung)
(RM 43.00 Sabah & Sarawak)
($B 21.00 Brunei)


Berita baik untuk pelanggan Hiraq!!!
Susu Kambing Hiraq kini 16 sachet dalam 1 kotak dengan harga yang sama.

RM 37.00 Semenanjung
RM 42.00 Sabah & Sarawak

Ahad, 13 Jun 2010

SET PENJAGAAN WAJAH HIRAQ









(RM 179.90 Semenanjung)
(RM 189.90 Sabah & Sarawak)
(B$ 76.00 Brunei)

Active 3 Cleanser (50ml)

Krim pencuci muka yang lembut pada kulit, memberikan keselesaan selepas mencuci dengan tindakbalas aktif yang membersih, menyegar & melembabkan kulit. Mengandungi pelbagai ekstrak buah-buahan yang amat baik untuk kecantikan kulit.

Bahan Aktif: Asid Salicylic, Minyak Lavender, Campuran Ekstrak buah-buahan & Vitamin C.

Produk ini diformulasikan tanpa pembuih berasaskan kimia seperti SLS & SLES (SLES free); apabila digunakan tidak menghasilkan kesan buih seperti pencuci muka biasa.

Cara penggunaan: Sapukan pada bahagian muka sehingga rata & bilas dengan air sehingga bersih. Gunakan 2 kali sehari.


Anti Aging Essence (30ml)

Innovasi bio-teknologi yang begitu bermanafaat menghasilkan bahan semulajadi daripada sel yis & mikroorganisma yang membantu menggalakkan sintesis kolagen secara berterusan, menguatkan pertahanan kulit sekaligus memperlahankan kesan penuaan kulit.

Bahan Aktif: Saccromyces Cerevisae, Vibro Alginolyticus, Vitamin C & Kolagen Ikan (Colagen Marin).

Cara penggunaan: Sapukan pada bahagian wajah sehingga diserap pada kulit & biar hingga kering sebelum menggunakan produk kosmetik.


UV Defense Cream (10gm)
Melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB berbahaya dengan ciri pertahanan semulajadi daripada kesan radikal bebas & juga keradangan kulit.
Bahan Aktif: Minyak Habbatus Sauda, Vitamin C, Vitamin E (Tocotrienois), Licorice Extract & Rose Hip Oil.
Cara penggunaan: Sapukan sedikit krim pada kulit wajah & ratakan keseluruhan.

Khamis, 3 Jun 2010

PELANCARAN PRODUK TERBARU HIRAQ


Pelancaran produk terbaru Hiraq. Dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Ustazah Masitah Ibrahim disamping Pengasas Hiraq YM Hajah Raja Mazian Raja Mohamed.

Dua produk terkini dilancarkan; iaitu Set Penjagaan Kulit Hiraq & Teh Tarik Susu Kambing Hiraq.

Set Penjagaan Kulit Hiraq didatangkan dalam 3 botol dalam 1 kotak yang menarik mengandungi Active 3 Cleanser (50ml), Anti Aging Essence (30ml) & UV Defense Cream (10g).

Rabu, 28 April 2010

Ahad, 25 April 2010

Di Balik "Cermin Mimpi"

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

M.Nasir~

Sabtu, 17 April 2010

TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

- A. Samad Said -

Ahad, 21 Februari 2010

DOA PEMBUKA 12 PINTU


"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin.

"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Disusun oleh Dr Ustaz Fadzillah Kamsah