(Sumber: http://www.imp.my/ & http://halaalan/konsep)
IMP (Islamic Manufacturing Practice) iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengadungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba].
IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan "kepentingan Syahadah".
IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.
Menjana Kekuatan Ummah - Menerusi Produk Halalan Thoyyiba
Sejarah IMP
Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu "Standard" sendiri, maka satu piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf "HALAALAN THOYYIBA“ telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.
Apakah IMP dan Apakah IMP (Pengilangan)?
Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.
IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:
1. IMP - Islamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal
Perbezaan IMP & GMP
Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
IMP ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

Maksud Hadis :
“ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”
Proses Pengilangan IMP
Proses Pengilangan IMP Proses pengilangan terbahagi kepada 3:
1) Pengusaha
2) Situasi Kilang & Bahan Mentah
3) Pekerja

Pengusaha IMP
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :
1) Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
2) Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
3) Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
4) Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.
5) Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
6) Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Situasi Kilang & Bahan Mentah
1) Susunan dalam kilang mengikut syariat
2) Tidak ada muzik
3) Ada Nur bacaan Al-Quran
4) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP
5) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
6) Sumber bahan-bahan mentah hendak lah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
7) Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.

Pekerja
1) Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (menutup aurat).

2) Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
3) Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.
4) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
5) Sentiasa ada air wudhu.
6) Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
7) Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
8) Perempuan yang haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.

Hikmah IMP
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita…..”
Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba InsyAllah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan