Selamat Datang ke blog Ellya Ummah

Khamis, 15 Oktober 2009

HADIAH BUAT BAKAL TETAMU ALLAH

HADIAHKAN PEMAKANAN TAMBAHAN HIRAQ UNTUK BAKAL TETAMU ALLAH
(Petikan Atikel Kosmo 27 September 2009)


"HADIAHKAN YANG TERBAIK UNTUK YANG TERSAYANG DENGAN
HARAPAN DAPAT MEMBANTU MEREKA MENJALANI
IBADAH DENGAN LEBIH BERTENAGA"


Ibadah haji diibaratkan kemuncak kepatuhan, ketaatan serta tanda cinta seorang hamba kepada Khalidnya. Biar sukar & payah, biar kesihatan telah surut kerana dimamah usia ataupun diuji penyakit, mukmin yang digamit lambaian Baitullah pasti terus cekal untuk ke tanah suci bagi mempersembahkan kecintaannya kepada Yang Maha Esa.

Allah menunjukkan kasih sayang kepada hambaNya tidak serupa seperti kita mempamerkan kasih sayang sesama kita. Diberi sakit atau musibah antara tanda sayang Allah kepada hambaNya. Ia boleh menjadi penghapus dosa ataupun sebagai jalan peningkatan iman seseorang. Apapun sebagai insan, kita dikurniakan akal untuk menilai & berikhtiar.

Selain doa & munajat memohon kesembuhan, kemudahan serta peningkatan kesihatan & keimanan untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin agar pulang nanti membawa bersama pengikhtirafanNya. Sesungguhnya mencapai haji nan mabrur menjadi impian mukmin sejati.

Ibadat Haji menuntut persediaan zahir & batin. Namun, secara dasarnya kesihatan fizikal yang baik sangat penting dalam mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran yang bakal dilalui.

Namun, dengan ikhtiar mengambil produk Hiraq Karmila Kurma Herbal Essence untuk kaum hawa & Hiraq Qhawwi Kurma Herbal Essense untuk kaum adam digabungkan pula dengan Hiraq Jeli Gamat & Susu Kambing Hiraq yang lazat & penuh khasiat mudah-mudahan bakal haji akan lebih bersedia & memperolehi stamina yang berpanjangan.


"Produk-produk Hiraq yang melalui proses piawaian pengilangan Islam &
buatan muslim yang halal lagi toiyibah
sangat sesuai dijadikan makanan tambahan
selain disarankan turut dibawa ke tanah suci sebagai bekalan."


Selain diperbuat daripada ekstrak tamar yang digabungkan dengan pelbagai makanan sunnah yang lain seperti madu, habbatus sauda', za'faran & juga herba-herba terpilih, Hiraq Karmila & Hiraq Qhawwi insyallah membekalkan tenaga yang berpanjangan kerana mempunyai nilai pemakanan yang hebat.

Ekstrak kurma yang menjadi asas kepada Hiraq Karmila & Hiraq Qhawwi ini, secara saintifiknya sangat kaya dengan protin, serat, vitamin A & C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium & potassium. Ia juga membantu menyerap tenaga dengan segera selain membantu menguatkan daya ingatan. Begitu juga dengan madu yang kaya dengan pelbagai vitamin A, B kompleks, C, D & E serta ia juga cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Guarana pulaadalah sejenis biji kopi dari Amerika Selatan yang mempunyai khasiat yang sangat banyak antaranya membaik pulih kelesuan, mental & fizikal yang lemah & sebagainya. Secara keseluruhannya gabungan bahan-bahan yang terdapat di dalam Hiraq Karmila & Hiraq Qhawwi ini insyaAllah akan meningkatkan tenaga & kesihatan tubuh badan kaum hawa & adam secara menyeluruh.

Pemakanan sunnah seperti kurma, madu, habbatus sauda', za'faran & susu kambing juga dikenal pasti secara saintifiknya dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan yang sangat diperlukan untuk ketahanan terutama dalam suasana jemaah haji yang bersesak-sesak serta penularan wabak penyakit seperti H1N1 yang melanda dunia hari ini.

Jeli Gamat Hiraq yang lazat juga sangat baik untuk dijadikan pemakanan tambahan untuk bakal tetamu Allah. Diadun daripada ekstrak gamat tulen, kolagen, aloevera, goji & rozel, Jeli Gamat Hiraq tidak kurang mempunyai nilai pemakanan hebat. Sepertimana ramai yang sedia maklum, gamat sangat baik untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman & membantu mengurangkan masalah lelah. Manakala goji pula merupakan sejenis beri yang sangat kaya dengan vitamin. (Rujuk Atikel: Hiraq Wildan Dates Herbal Essence & Hiraq Jeli Gamat)

Susu Kambing Hiraq yang didatangkan dalam bentuk sachet yang sangat mudah dibawa ke mana-mana antara produk terkini Hiraq yang sangat mendapat tempat di hati penggunanya. Minuman sunnah yang sering dilupakan ini sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat tinggi.

"Kita hanya berikhtiar, kesihatan & kesembuhan adalah dengan izin Allah juga. Namun kita dikurniakan akal untuk menilai. Sekurang-kurangnya kita memohon kepadaNya untuk sihat dengan ikhtiar menggunakan pemakanan tambahan yang berasaskan pemakanan yang telahpun disunnahkan oleh junjungan yang kita kasihi Muhammad SAW. Bagi bakal tetamu Allah, eloklah membawa, ianya juga membantu memberi tenaga segera & mengenyangkan."



"InsyaAllah dengan mengambil susu kambing secara istiqamah setiap hari, apatah lagi jika turut digabungkan dengan Hiraq Karmila, Qhawwi atau Jeli Gamat dua sudu setiap hari, para tetamu Allah dengan izinNya akan sentiasa bertenaga untuk menjalankan ibadah haji & umrah yang memerlukan ketahanan fizikal & mental yang mencabar ini selain ianya sangat membantu dalam mengurangkan masalah inflamasi sendi, badan & otot", ujar pengasas Hiraq Raja Mazian Raja Mohamed.

"Mungkin ramai juga bakal tetamu Allah yang tidak tahu tentang kebaikan pemakanan tambahan Hiraq yang berasaskan sunnah ini. Apakata bagi yang ingin menziarahi mereka bakal haji, jadikanlah Hiraq sebagai hadiah atau buah tangan supaya mudah-mudahan dengan izin Allah dapat membantu meningkatkan kesihatan selain memberi tenaga berpanjangan kepada ibu atau ayah serta saudara mara & handai taulan kita yang akan menjalani ibadah haji tidak lama lagi", ujar Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad perunding motivasi terkenal yang juga duta Hiraq memberikan saranannya.


Kesimpulannya, kesemua gabungan bahan-bahan yang terdapat di dalam produk-produk Hiraq adalah dikategorikan sebagai pemakanan yang halal lagi toiyibah sepertimana disarankan oleh Rasullullah SAW. Apa yang perlu bagi bakal jemaah haji ialah membuat pesiapan rapi secara fizikal & mental, jasmani & rohani selain menjadikan pemakanan tambahan yang dikenalpasti mempunyai "nilai tambah" juga secara jasmani & rohani untuk teman ketika bermusafir menggapai keredaan Illahi.

Sesungguhnya dari Jabir bin Abdullah r.a. Nabi SAW bersabda, "Orang yang menunaikan haji & umrah adalah undangan Allah. Allah menyeru mereka lalu mereka menyahut seruan itu. Mereka meminta daripada Allah memberikan kepada mereka." (Hadith Riwayat al-Bazzari)

"HIDUP PASTI LEBIH BERERTI SEIRING KESIHATAN JASMANI & ROHANI"

"KECANTIKAN YANG SEBENAR & HAKIKI BERMULA DARI KECANTIKAN DALAMAN, HIRAQ MEMAHAMI HAKIKAT INI"